Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan bidang ini:
- Lukisan
- Catan
- Kolaj
- Montaj
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannay. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami denagn apa yang dilakukan melalui gubahan. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
1.1 Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej
dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.
1.2 CATAN
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan
menggunakan bahan
berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang
rata.
1.3 KOLAJ
Lukisan Kolaj
bermaksud memotong
sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan.
Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih.
1.4 MONTAJ
· Menampal dan
melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej
pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.
· Menggunakan
potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana- mana media cetak untuk
menghasilkan satu tajuk atau tema.
· Satu corak
tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses
menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
· Dalam
kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu
komposisi ilustrasi.
· Hasil seni
mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto,
majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk
menghasilkan satu imej.
No comments:
Post a Comment