Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untukmenghasilkan corak dan mengaplikasikannay menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain sepertibinaan, kraf dan sebagainya.
A. Corak tidak Terancang
Renjisan dan Percikan
Renjisan dan percikan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang berselerak kesana-sini.
Renjisan dan percikan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap.
Gambar-gambar
B. Corak Terancang
i. Capan
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.