Friday 12 October 2012

Mengambar


 Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan bidang ini:

  • Lukisan 
  • Catan
  • Kolaj
  • Montaj
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid  dan kesedaran terhadap seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannay. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami denagn apa yang dilakukan melalui gubahan. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.





 
 




1.1 Lukisan

LUKISAN MERUPAKAN HASIL KERJA SENI YANG DIBUAT DI ATAS SESUATU PERMUKAAN RATA UNTUKMELUAHKAN PERASAAN BERBENTUK IMEJ DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA KERING ATAU MENGGUNAKAN WARNA PALING SEDIKIT. 


                                            
                                            

                                            

 

1.2 CATAN

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna ataucat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. 


          
    

  





1.3 KOLAJ

Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. 

BIASANYA KERTAS YANG DIGUNAKAN ADALAH KERTAS WARNA ATAUSURAT KHABAR. KOLAJ JUGA BOLEH DIBUAT DENGAN MENGOYAKATAU MENGUNTING KERTAS DAN MENAMPAL DI ATAS SESUATU PERMUKAAN. IA BOLEH DIDEFINISIKAN SEBAGAI SATU HASIL KERJA SENI MENYUSUN DAN TAMPAL SEBAHAGIAN IMEJ SEPERTI TAMPAL GAMBAR FOTO ATAU DARI CETAKAN MAJALAH DISUSUN ATAUDITINDIH. 




                                                     

                                           

                                           

                                           


1.4 MONTAJ

·       Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.
·       Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana- mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
·       Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
·       Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.
·       Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.


                                         

                                                  

                                          

Saturday 6 October 2012

PELUKIS-PELUKIS DI MALAYSIA


Balai Seni Lukis Negara yang banyak berjasa dalam memartabatkan seni visual negara



BSLN kini dikenali sebagai Balai Seni Visual Negara




Pengenalan

Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat-peringkat berkaitan dengan lukisan, catan, cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya, perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu:

a. Zaman sebelum Perang Dunia Kedua

b. Zaman selepas Perang Dunia Kedua

                        PELUKIS-PELUKIS



Tahun 20an

Abdullah Ariff


Yong Mun Seng



Tahun 1930an

Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.



Tahun 1940an

Mohammad Hoessein Enas



Tahun 1950an

Syed Ahmad Jamal




Dzulkifli Buyong


Jolly Koh


Chuah Thean Teng



Tahun 1970an

Redza Piyadasa


Abdul Latiff Mohidin